Text

sesape berminat nak JUAL TOPUP, boleh contact saya ye~ (^_^)

Friday, April 23, 2010

Mri main buih kat facebook!! weeeee~





mungkin dah ramai yang tau pasal ni.

tapi i yang baru tau ni
dengan jakun nye nak jugak cite kat korang pasal bubbles kat facebook.


ok, sekarang sila login facebook masing2 ya anak2....

lepas tu tekan kat keyboard korang


up,up,down,down,left,right,left,right,b,a,enter key,right click,up,down.


**up, down, right, left tu sila tekan arrow ye..bukan taip word tuh**


and then..



TADAAAAAA!!!!!!!




akan muncul buih2 warna warni bile korang klik2..!!



cantik..i like~ (^^,)



kalau nak hilangkan buih2 tu,
refresh je
nanti hilang ar..
hehehehe


try la buat.
i excited gile buat bile tau pasal mende ni.
hikhik :p


peace!!!!!!!




Wednesday, April 21, 2010

Lucah La Woiiiiiii!!!!!



hari tu, aku buka facebook


tengok notification,

ada sorang mamat ni tag photo kat aku.

pelik gak, aku langsung2 tak kenal mamat tu.

tapi takpe la, aku click je ar nak tengok gambar pe..

tetibe, kuar gambar ni!!!!!!!







sekali tengok macam pisang,

dua kali tengok macam...............!!!!!!!!!!!


biadap punya jantan!!!!!


perlu ke kau nak tag aku kat gambar yang tak senonoh macam ni???
ape motif kau sebenarnye??
dah la aku tak kenal kau, kau tetibe nak buat biadap dengan aku..
agak2 la weiiiiii
serius rase nak lempang je mamat ni!


dah la yang die tag tu majoriti lelaki dan semuanya kawan2 dia kecuali aku!
pastu diorang sedap2 plak duk berborak pasal $^%&^*&* tu kat bahagian komen.
dah la dalam loghat Kelantan ke Terengganu ntah.
yang girls pon melayannnn
huhhh..panasssssss hati aku!!!


aku tak paham betol ar..
kalau kau dah pervert sangat pon,
perlu ke kau nak libatkan orang yang sememangnye langsung takde kaitan dengan kau??
ape kau nak sebenarnye..?
ke motif kau untuk cari 'mangsa'??
kau ingat aku ni pempuan spesies ape hah??
haishhhhhh
aku memang marah betol laaaaaaaa
benci ah lelaki camni!


pastu, aku terus remove tag and delete die dari friend list aku.
puas hati!



PERHATIAN ya kawan2..
memang la i approve add korang2 semua walaupun i tak kenal korang..
tapi..itu tak bermaksud korang boleh buat ape je sesuke hati korang..
fikir la perasaan orang lain jugak sebelum buat sesuatu..
i tak suke la macam tu..
kalau nak kawan, biar kawan yang ikhlas la..
bukan berkawan sebab ade pape niat yang tersirat..
please ea kawan2~


P/S : sumpah aku tak selera nak makan pisang dah pasni! T_T



Monday, April 19, 2010

Hai Awak..Boleh Ngorat?


kemarin kan, ade sorang mamat ni call aku.
Tapi waktu tu aku kat luar bilik, merayau2 cari air sebab blok aku takde air.
Dah aku tak angkat, die pun antar mesej.

“mane ko?”

Uik. Dah mesej gitu, aku ingat kawan aku la kan.
So aku reply

“sape ni? Sori, gi toilet td.”
“ni abang kau la.mane kau tak balik lagi?”

Uishhh. Aku da pelik. Takut pon ada.

“eh eh abang mane plak ni?”
“opp sori, wrong number td..awek ke ni?huhu”

Hahahaha..sudah mula taktik nye.....

Kelakar lah.
Taktik zaman batu.
Bak kata darling I, kalau betul die tengah kalut2 cari adik die, ada masa plak die melayan awek?
Hahahaha.
Tak ley blah tol~


Emmmm
Lelaki, nasihat I lah kan.
Kalau u baru dapat number phone sorang awek yang u nak kenal,
U better beterus terang je dengan dia.
u tak payah la menonggeng2 cari idea camne nak ayat die
susah2 jek..

Kalau girl jenis macam I, I prefer u terus terang dari A sampai Z.
I mean gitau jela mane u dapat nombor, u ni siapa sebenarnya, mane u kenal i..bla bla bla..
be GENTLEMAN ok..?
Tak payah nak sembunyi2..
Kalau u all tunjukkan sifat pengecut tu awal2,
U ingat awek senang2 akan layan?
Hahah
Ni nasihat jela..
Tak ikut pun takpe..
Pandangan I je..
ngeeeeee



pasni kalau ade orang call i
i nak jawab macam ni lah
ok tak?




Soalan: haloo, siapa disana?

Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.
Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

Soalan: halloo... ...
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

Soalan: assalammualaikum...
waalaikummussalam..
(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

HAHAHAHAHAHAHA



Sunday, April 18, 2010

Kenapa aku tak tau??????



kemarin FAIZAL TAHIR datang buat show kat UKM.





kenapa aku tak tahu?????????
kenapa takde member2 rapat aku yang tahu punnnn??????
arghhhhhh
tension.



patutla malam tu dengar bunyi letup2 bunga api ke bom ntah.
bising gile.
ingatkan ade rusuhan kaum ke ape ke.
buat taktau jela.
rupa2 nya.............

huh.
merajok dengan Faizal Tahir.
datang tak bagitau aku.




Saturday, April 17, 2010

Berbaloi kah saya berlapar??



this is my second entry for today.
harap maklum :P

korang nak tau tak
tadi kan
masa aku tengah syok2 taip entri lapar sebelum ni,
tetibe aku rasa macam rezeki turun dari langit!


yelah, aku dah terkodek2 tahan perut tengah berdondang sayang
tetibe

tokk! tokk! tok!!

ada orang ketuk pintu

ahh..malas layan..
da la aku tengah lapar & serabai je tak mandi lagi sebab blok takde air.

pastu tetibe dengar akak tu jerit

"nasik lemakkk"

terkinja2 aku bangun lompat dari katil gi kejar akak tuh!


mula2 tanya dulu.

"bape ringgit akak?"

"RM3.50"

"wooooo.."
(mahalll)

"nak?"

"bole la..lapar gile ni akak."

"tau.."

hampeh. agak2 kenapa die jawab gitu eh?
jelas terpancar muka kelaparan kah aku?
grrrrrr


pastu dengan excited nye aku masuk bilik & buka bungkusan nasi tuh.

mak aihhhhhhh


"sikit nyaaaaaa!!! mana kenyang camni!!!"



tengok laa..
tak berbaloi RM3.50!!!
nasi tak sampai separuh polystrene pun.
ayam besar ibu jari je 2 ketul.
kuah 3,4 titik je die taruk.


sedih gileeeee akuuu
aku da la tengah kelaparan gile2.
terbantot selera makan aku tengok nasi gitu.
sampai hati akak tu wat aku camniiiii


waktu tu
aku rase macam nak aje kejar akak tu.
tangkap die wat lauk makan dengan nasik ni.
mane cukup lauk banyak tu dooooo
wuaaaaaaa~


tapiii
nak tak nak, aku makan jugak la..
sayang ar rezeki kan..
hmmmm
tercekik2 aku makan dengan nasi tak berkuah gitu.
aku da la biase makan kuah banjir..
wuuuuuuu~
sadissssss




ni pesanan aku untuk sesape yang wat bisnes jual makanan ke jual ape ke....

memang la kite berniaga untuk dapat untung.
tapiiii
agak2 la kannn
jangan la sampai menganiaya pelanggan
tak kesian ke..
especially macam situasi aku ni
kesian la sikit kat students..
hujung2 sem ni dah la tengah sengkek.
die pulak nak wat camtu..
aku tak kisah sebenarnye kalau mahal pon, tapi biar la berbaloi dengan barang tu.
ni tak..memang terperanjat gile aku tengok nasi tu..
haih~
sadis..sadis..




ha!
korang nak tau tak,
tadi dalam pukul 7.30PM ade lagi yang ketuk pintu.
pastu jerit

"nasikkk..nasikkk.."

ikut hati, nak je aku kuar bilik, gi tangkap & gigit akak tu!
gerammmmmm



wahahahaha..
dah macam kanibal plak.. :P



biasanya aku makan nasi sehari sekali je.
tapi
hari ni walaupun dah makan
aku tetap laparrrrrrrr


help meeeeeeeee
T___T





P/S: Al-Fatihah buat arwah Acik Spin..








Al-Fatihah untuk Acik Spin

sumber : KOSMO online


Achik Spin maut kemalangan ngeri


SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan
achik spin


Al-Fatihah untuk beliau..
kesian isteri dia..
muda lagi..anak2 kecik lagi.. 


Related Posts with Thumbnails