Text

sesape berminat nak JUAL TOPUP, boleh contact saya ye~ (^_^)

Sunday, March 4, 2012

♥ My 22nd birthday ♥

Salam semuaaaaaa ! :)


Wah wah wahhhh, berkarat sudaa blog ni. Ngehehe :D

Maklum lah, owner nye terlampau busy sampai tak sempat nak update. Lagipun kat rumah ni takde internet, terpaksa la curi-curi guna wifi jiran je :(

So after this akan banyak laa entry-entry yang basi. Sob sob :’(


Actually my birthday on 5th February 2012.

Haaaaa kau! basiiii + bacin daaaaaa. Sebulan dah. Hahaha :P

Tapi takpe la kan, better late than never. Ecece cover line :D


Actually on my birthday tu, tak terfikir pun nak celebrate sebab that day kalut-kalut nak pergi wedding my beloved roomate, Sha Marimar. Jauh jugak laa nak pergi rumah dia. I kat Balik Pulau, rumah die kat seberang sana, Kubang Semang. Sejam jugak laa. Huhu

Dah siap-siap pagi tu nak pergi kenduri, tetiba si dia datang dengan cakeeeeee ! weeeeee~~

I pun ape lagi, senyummmm lebar sampai ke telingaa la kannn..ngehhhh :D



birthday girl :)


As usual, my cake mesti PINK. Si dia dah faham sangat daa. Hehe. Tapi this time ada tambahan gambar Angry Birdddd laaaaaa! My favourite, angry bird merah. Heee. Ny0meyyyy nyaaaaaa (^_^)




Suke sangattttt cake tu. Mekaceh taw sayang. U ni bucuk lah ! hekhekhek :P



him


Tapi i tak makan cake tu lagi. Kitorang pergi kenduri dulu, sebab da lewat.

Sepanjang perjalanan pergi dan balik, and mase kat kenduri tu, i asyik tanya kat si dia,

“ eh takpa ka biar cake tu lama-lama? Tak cair ka?”


Kejap-kejap i cakap pulak,

“ Eeee. Risau la nanti jadi apa-apa kat cake tu..”


Penat daaa my sayang cuba tenangkan i. Fuhhhhh, risau sungguh. Hehe. Sorry la bucuk, i excited nak mamam cake u bagi. Teheeee :D



meh potong cakeeee. hehe :D


part ni mesti la i punyeee ;)


Balik-balik tu terussssss kitorang celebrate. Kebetulan pulak semua dah ada kat rumah time tu. Kakak & anak-anak dah ade, cuma abang & family je tak datang. Huhu. Potong cake & makan-makan. Yeyyyy ! (^^,)


my sister & my niece ;)


Makcu & Ika ;)




a part of the cake. hehe


part ni yang paling sayang nak ngappp ! edible image angry bird tu comeeyyy :'(


Thanks to my mum sebab masak-masak & buat air.

Thanks to my sayang sebab belikan cake.

Love u all so muchhhhh !! ♥♥

Tuesday, January 17, 2012

♥ His Birthday & Our 2nd Anniversary ♥

Salam semuaaaa !!


Semalam 16 January 2012, genap hubungan kitorang 2 tahun. Alhamdulillah :)


His birthday actually is on 22 December 2011. Tapi sampai tahun 2012 dia still tak dapat hadiah birthday. Hahaha! Setiap kali kitorang jumpa je, mesti dia bebel,


“dari tahun lepas tunggu, mana hadiah birthday?”

(Ayat auta die. Hahaaaa)


I saje je nak kasi lambat, boleh sekalikan dengan Anniversary. Save budget. Betul tak? Muahaha! (Gelak kejam)




So sempena our Anniversary & his belated birthday, i gave him this big box:



Terkejuttttt die tengok kotak punye gabak. Haha. Nak tengok ape isi nye?



TADAAAAAAAA!!!!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



1 set black coat + vest + pants



Smart takkkk? Smart gilee kannnnnn? Hihihi :D


First time i tengok suit ni pun i dah jatuh hati. Terus terfikir nak hadiahkan untuk si dia

Nasib baik si dia suke gile dengan hadiah ni. Die suka sangat sampai speechless. Haha. So berbaloi la kannn tunggu dari tahun lepas? Hikhik :P

Ape-ape pun, I lega sangattttt. Risau jugak kalau dia tak suke ke ape kannn. Penat je menunggu & berharap. Huhu. I belikan dia suit ni sebab tahun ni dia akan Convo, and he is an engineer-to-be. So sesuai sangat lah kannnnnn ;)


i u


Lastly, I hope u all doakan hubungan kitorang berkekalan dan bahagia selamanya ok?


Thankssssss! Muahhhhhh~~


See ya!


P/S :

Girlssss, lets check this out : Wardrobesigadis

Banyak korean dress cantik-cantik & murah-murah tauuu!


Friday, December 23, 2011

Review : Suatu Malam Kubur Berasap (2011)




Salam readers!




Beberapa hari lepas i hangout dengan geng-geng KFC untuk celebrate hari-hari terakhir i kerja disana. Then kitorang plan nak tengok movie. I nak tengok Mission Impossible, tapi most of them vote for Suatu Malam Kubur Berasap. So, i layankan je lahhhh~~



awekss aweksssss KFC







As expected, this movie not really suit my taste.



Movie ni release 22 December 2011. Genre komedi seram.




Sinopsis movie :

Bertempat di ‘Kampung Angan Tak Sudah’, filem ‘Suatu Malam Kubur Berasap’ ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie. Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung.

Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka. Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Mengapa Hantu Cempaka hanya menganggu mereka? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah?



Actually cite ni tak seram punnn. Cuma ada suspen sikit-sikit. I tak takut pun tengok cite ni, tapi disebabkan member sebelah asyik menjerit lompat kat i, i sekali terikut jadi penakut. HAHA!!



nampak sesuatu tak? ngeeeee~


Tapi seriously, hantu die tak takut sangat punnn sebenarnye T_T


aummmmmmmmmmm..!!


Bab komedi tu memang ada la. Macam bangang je lawak diorang. Berair jugak la mata i gelak. HAHA :P


Overall jalan cite die tipikal je. Dah boleh agak ape yang akan jadi. Scene die pun banyak sangat yang tipikal.

Contohnye macam kereta rosak tengah jalan sunyi. Makan mee yang hantu bagi, but actually that mee is cacinggggg. euww~~


geli kotttt scene ni. yeckssss!!


Disebabkan jalan cerita sangat tipikal, jadi movie ni agak tak best laaa. They should make something different to make sure audiences will remember their movie. (just my opinion)


Watak Atan & Bun je kot yang best dalam ni. Sebab diorang yang selalu buat lawak bangang. HAHA!


Bun. Buncit. Buntal :P



And the most suprising, new actress Nurul Ain Nordin beraksi separuh bogel dalam movie tuuuuuuuuu!!!

Gile ahhhh..melayu kot! Die berlakon movie pasal kubur berasap, dia tak takut ke kubur die pulak berasap nanti? Hoho


sexy takkk?? sexy takkkk???



So, conclusion i boleh bagi 1.5 stars je untuk movie ni. Taktau la bagi korang camne kan. Hehehe ;D



takde dalam gambar : Atika, Rogayah & her hubby :)



Selamat menonton ye sayangssss semuaaaa ♥♥♥





Related Posts with Thumbnails

♥harus baca!♥

Alamanda (2) alert (11) artis (5) award (2) berita (8) birthday (2) bisnes (2) blog (9) botanical garden (1) bowling (2) bukit tinggi (3) bunga (1) campus life (25) cedap (5) cinema (12) cinta (6) coklat (1) contest (23) cute stuff (9) dinner (4) education (1) event (5) facebook (13) family (1) fb (2) gadget (5) genetics (4) haiwan (4) handphone (1) hang out (8) honda icon pink (1) kecantikan (2) kekejaman (6) kesihatan (1) KFC (1) kucing (4) lawak (3) lelaki (5) makan (2) menang (1) mid valley (1) mother's day (1) motivasi (1) movie (17) my life (44) nuffnang (1) pantai (1) penang (9) pilihanraya (1) pink (5) politik (2) pos laju (1) rabbit (3) raya (7) sakit (1) sengal (13) shopping (4) silat (3) song (2) topup (1) tournament (1) travel (10) ubat (1) ukm (2) wanita (11) wedding (2) zoo (1)