Text

sesape berminat nak JUAL TOPUP, boleh contact saya ye~ (^_^)

Saturday, November 10, 2012

Manicure Pedicure at Poise & Grace


Salam semua!

Wah wahhh. Lama betul ye aku mendiamkan diri. Busy sungguh la katekan. Ngehhh :D

Actually cerita ni dah basi, silap2 dah berkulat pun. Haha! Bulan 6 punya cerita. Tapi tak kira, nak cerita jugak. Heee :D

Hari tu masa nak bertunang, saja la aku gedik2 nak cuba manicure & pedicure. Konon nak tampil anggun di majlis pertunangan nanti. *puiii*
Tapi mesti la tak cuba yang mahal2, cari kat Groupon je, murah. Lagipun sesuai la dengan first timer macam aku ni kan. Hihihi :D

Dalam Groupon tu banyakkkk sangat mani pedi. Sampai pening nak pilih yang mana. At last aku pilih classic manicure and pedicure at Poise & Grace. Berkenan tema merah diorang. Cantik. Heee :D


pandangan depan kedai

Masa tu aku pergi dengan Encik Boyfie a.k.a Encik Tunang sekarang :P
Aku tak bagi encik tunang masuk dalam tengok aku buat mani pedi. Maluuu :P

Aku suruh dia duduk kat macam waiting station/lobby kat situ. Hehe. 


si dia tunggu di sini

Sebelum start pape, aku dihidangkan dengan green bean soup and skyjuice. Dipercayai sup kacang hijau ni makanan tradisional orang cina. Mesti banyak khasiatnye kan :)
Ingatkan aku sorang je dapat, tapi cik abang kat luar tu pun dapat. Bagus betul diorang! *thumbs up*


rasa dia agak tak sesuai dengan tekak melayu tulen aku neh =.="


So, sesi mani pedi pun bermula. Start dengan pedi dulu. Pesanan aku kepada anda-anda yang nak buat pedi ni, haruslah pakai skirt/kain ye. Kalau nak pakai seluar, pastikan longgar sangat2 supaya boleh tarik sampai atas lutut. Time tu aku pakai jeans keras, tak boleh nak tarik, makanya kena la pergi salin pakai towel je. Erkkk~ *padan muka*


aku duduk kat kerusi merah ni


1 set kerusi lagi. yang ni tak exclusive sangat. hehek :P


Then dia start rendam kaki dalam air panas, korek2 keliling kuku (cuticle/callus removal), lepas tu massage and scrub kaki dan tapak kaki. Masa dia scrub tapak kaki tu serius takleh blah. Aku dah nak terputus urat perut tahan geliiii. Memang tergelak2 masa dia gosok tapak kaki tu. Sensitive woooo! Hahaha :D


bukan kaki ku :P

Lepas dah cuci dengan sabun semua, dia shaping kuku. Miss tu tanya aku, 
“why your nails so short ah?”
Erkkk. Sorry la miss, I tak pernah berkuku panjang. Mak marah. Hekhek :P

Miss tu hairan camne aku boleh potong kuku pendek sangat. Padahal bagi aku biase je la. Mungkin chinese tak biasa potong kuku pendek kot? *thinking*

Last sekali dia buat base coating. Sebab dia tanya, nak polish tak. Aku cakap taknak. Rugi rugi. Sebab benda tu include dalam package. Tapi gile kauuu nak polish kuku? Kena pancung hidup2 kang. *dush*


cantik2 wehhhhh!

Sama jugak macam manicure. Bezanya manicure ni takde pape nak digelikan. Muehehe :P


after manicure. cantik takkk? :P
Sepanjang sesi mani pedi ni, aku nampak attitude staff die memang bagus. Friendly, lemah lembut je buat kerja. So far memang puas hati la J

Lepas dah siap tu takde la diorang nak promote suruh beli itu ini. Biasanya kedai lain buat. And I don’t really like it. Erghh~

Jadi sesiapa yang nak buat mani pedi kat Penang, memang aku syorkan Poise & Grace ni. Terbaikkkk! *thumbs up*


Ni alamat diorang. Pening sikit nak cari kedai nye. Kitorang pun pakai GPS. Haha :D

meja untuk consultation

Poise & Grace
14-C Pahang Road,
10400 Penang
Tel : 016-4716830

Business Hours:
Tues - Sun : 10am – 8.00pm
(Last Call 7.00pm)




So, selamat bercantik-cantik ye gadisss! ♥♥




5 comments:

aisya said... Reply To This Comment

Eeeeee.... baru nak update kan.. =P

♥GAdiSMeRaHJaMbU♥ said... Reply To This Comment

@aisya hehehe..berzaman sudaaa :P

Orkid Edyliyne @ OrkEd said... Reply To This Comment

sangat menarik... hehe... ^^

Ania said... Reply To This Comment

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Blognya nice.
Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

sherlina halim said... Reply To This Comment

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/

Related Posts with Thumbnails