Text

sesape berminat nak JUAL TOPUP, boleh contact saya ye~ (^_^)
Showing posts with label penang. Show all posts
Showing posts with label penang. Show all posts

Monday, May 9, 2011

♥ Happy Mother's Day 2011 ♥



salam semua~



lamanya tak ber-blog. rinduu rinduuuuuuu. T__T

eh korang, i sekarang dah jadi pekerja office tau. kerja ikut office hour, 8am to 5pm.
wahhhh, i already a big big girl right now! haha.
**actually i tak suke! rasa macam dah tua, even baru praktikal je =.="


back to the topic, HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL LOVELY MOM IN THE WORLD! ♥

especially to my only one, Hasnah binti Seman. i love u so much. muah muah!


this year, dapat jugak kitorang satu family gather untuk celebrate Mother's Day. sambut kecil-kecilan kat rumah je. tapi bila semua berkumpul, rasa happy sangat! hopefully my mummy pun happy! :)


petang tu i pergi beli kek untuk mak. ingat nak beli kek oren favourite mak, tapi cake yang ready made semua dalamnye coklat. sob sob :(
so, i just beli cake simple je. tak suke tauuuuu! :(





TADAAAAAAA!!!

ini cake nye.


tulisan pun tak cantik. eeeeeee :(
saje beli cake warne oren favourite mak. mak dah happy ingat cake perisa oren favourite die.
i'm so sorry mummy :(



ok, meh potong cake!


eh, apsal budak pink ni pulak??!


silap silap, ni kan hari ibu.
so ibu la yang potong cake. teheeeee :D


mak happy :) ♥♥



budak pink ni nak jugak menyibuk bergambar dengan cake oren tuh. hihihi :P



dah, mak duduk tepi. meh adik yang potongkan. heeeeee :D



letak dalam piring.



mak, nganga luas luas! aaaaaaaaaaaaaa~~~

*mak tengah malu malu meow tuh. hihihi*




♥ saya sayang mak saya ♥



kakak & mak



we are FAMILY! :)

Hasmiza, Hasnah, Haziela, Hezrizal

ayah : Hamid.

♥ FAMILY H ♥


kenapa ayah takde dalam gambar?

"ayah takmau ambik gambaq. dah tua-tua ni muka hodoh. tak elok. segan la"


spoil tauuuuu ayah ni. takde kenangan la nanti. wuwuwu :(




mak bersama anak perempuan & cucu perempuan


nampak tak yang kanan sekali tu?
she's my niece. Shafika Haiza.
veryyyyyyy tembammmm kan? hahahaha. lagi besar dari maksu. baru darjah satu tu tau! huhuk
yang kiri tu adiknye, Shamimi Alia. tadika. pun bakal ikut jejak langkah kakaknye yang dah kembang semangkuk tuh! HAHAHA.


hmm. semakin tahun, i semakin risau la.
mak semakin berumur. i sayang mak. taknak kehilangan dia. wuaaaa. sedih bila fikir T_T
dah la sekarang ni i selalu je homesick. benci tauuuu~
dah memang dasar anak b0ngsu, apa boleh buat kan?
tipu lah kalau anak bongsu tak manje! grrrrr



psstttt..psssttt..!
i yang paling banyak telan cake malam tuuuuu! mengalahkan orang yang dirai. HAHA
ye, saye hantu cake. aummmmm!!




Saturday, January 29, 2011

back to Penang for CNY! :)



halluuuuuu para blogger yang budiman! :)


lama gile kan aku tak update blog neh?
busy gile wehhhh. PM pun tak busy macam aku taw! ngehehek~


actually aku baru sampai Penang neh.
perghhhh, heaven gile kot! setelah sekian lama tak balik.
rinduuuuuuu~~


balik ni pun, aku dah diantara orang terakhir yang blah dari UKM tuh.
sedih memang sedih sebab balik lambat dari orang lain.

tapi kan, tapi kan,

journey back to Penang tadi dah buat aku happyyyy!
yeyy!


nak tau kenapa?
sebab, bila dah dekat2 musim perayaan ni, macam2 la orang kasi barang untuk sesape yang drive kat highway tuuuu! hihihi..best best. first time merasa neh. :P



first kitorang stop kat Perhentian Sungai Buloh.
time ni stop untuk jamak zohor & asar.

kat sini kitorang dapat newspaper!
tapiiiiiiii..semua NEWSPAPER KEADILAN!









see? sampai 4 okkkkk!
motifffff?
hahaha


takpe, takpe, bawak balik kasi mak buat lapik periuk jelah. hakhak :P




lepas tu jalan depan sikit, dapat ni pulak..



yeyyyyy!
yang ni lah yang aku tunggu2.
limauuuu..limauuuu.. nyumm nyumm! (^^,)




dapat 2 biji limau & newspaper Selangor Kini.




bagus ye kerajaan negeri Selangor ni.
proud to be temporary-Selangorian! hikhik :P



then last perhentian kitorang stop before masuk pulau, Perhentian Juru.
actually nak straight balik rumah je, tapi dah tak tahan pulak nak pegi toilet.
maklumlah, hujan2 ni kannnn. ehek~

memang tak sia sia kitorang stop kat sini!
sebabbbbb....

dapat ni :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



RedBull 2 botol free kot wehhhh!

gileeee, kalau nak beli RM4++ tau sebotol!

memang kitorang sangat lucky ye hari ni :D



minumlah RedBull untuk hilangkan mengantuk ketika memandu. yeah! (^^,)




thanks RedBull company! ♥


tau tak, kitorang tengok ade je kereta2 yang tanak berhenti waktu girls tu nak kasi RedBull.
mungkin diorang ingat kena beli kot. rugi la korangggggg! haha.
rezeki jangan ditolak weh. bukan senang nak dapat mende2 gini.
musim perayaan je ade.
best best.
pasni pape cuti pun nak balik lambat lah. yeyy!






p/s : jom tengok tengok blogshop aku! WardrobeSiGadis






Sunday, December 5, 2010

kenapa perlu menipu untuk melariskan jualan?





salam semua!


entri hari ni agak emo sikit ye kawan kawan.




kemarin i pegi Bintang, shopping barang2 makanan sikit.
waktu kat rak makanan segera i tertarik tengok produk baru ni,
INSTANT LAKSA UTARA





kat situ ade tulis 100% natural.
rasa ikan sebenar.


perghhhhhh..at that time memang kecur air liur teringat laksa penang.
so i pun beli la 1 cup untuk cuba dulu.



balik tu i pun masak la laksa tu.

mula2 i dah rasa semacam sebab bau pelik.
then bila i rase kuah nye, damnnnnnnn!!! yuckksssssss! nak muntahhhhhh!
then try rase isi nye pulak, euwwwwwwww...loyaaaaaaaa!!!





agak agak la wei nak buat produk pun..korang tak rasa dulu ke produk korang ni sebelum jual?
korang terus2 je pasarkan produk korang tu korang ingat boleh laku ke?
cukup la i sorang yang terkena. i taknak kawankawan yang lain pun kena. huhuh~


actually this is not the main point i nak cakap.
the main point is, why on earth u must use word "UTARA" untuk lariskan produk kau??
korang tau tak ini akan menjatuhkan imej produk2 yang memang asalnya dari utara tapi SEDAP tak macam produk kau yang rasa macam shit tu??? grrrrrrrr






i dah lama perhatikan hal2 camni.
dah 3 tahun i duk Bangi, KL, macam2 i tengok diorang jual dengan letak nama "laksa PENANG", "laksa UTARA", "charkoeyteow PENANG", dll.

selalunya i akan cuba mende2 yang ade state Penang or Utara ni.
well, i anak jati Penang kan.
tapiiiiiiii bila i makan, damn!! seriously i rase nak bakar kedai tu! grrrrrrrr


korang2 yang buat mende2 camni, korang penah makan tak THE REAL LAKSA PENANG?
penah makan tak THE REAL CHARKOEYTEOW PENANG??

kalau tak tahu, jangan buat sebarangan!!!
haishhhhhhh..marah betul la..



just imagine, kalau la sorang pembeli ni memang tak penah makan the real laksa penang, then die cube beli laksa penang kat pasar malam Bangi yang rasa nye macam shit, what he would think about the real laksa penang???


eeeeeeeeeeee...tolong la jangan menipu customer untuk keuntungan sendiri.
keuntungan yang korang dapat dari hasil penipuan tu cuma di dunia je..
fikir fikirkan lah~~





sorry ter-emo. bye!





Saturday, November 6, 2010

melayu hilang hak di negeri sendiri!


salam.


dah lama sebenarnya tahan perasaan nak tulis pasal ni.
tapi hari ni rasanya nak tulis jugak. tak kisah la ape nak jadi. huh
and for the record, this is the first time aku nak tulis pasal POLITIK.
even aku belum cukup umur, aku tetap nak tulis!



ni cite pasal kampung aku, Kampung Genting.
sesape yang tau ape yang sedang berlaku dalam negara ni. die mesti tau pasal ni.


Tanah Kampung Genting, Balik Pulau, Penang akan DIRAMPAS oleh pemimpin terSAYANG Lim Guan Eng.




dah beberapa minggu dah benda ni jadi.
DAP tetiba come out dengan projek untuk bina universiti.
fine. hasrat murni. tapiiiiiiiiii perlu ke nak rampas tanah di kampung yang hanya orang melayu??
Penang sekarang majoriti cina, tapi kenapa tanah melayu jugak jadi sasaran?????



fine. dah la ambik tanah orang melayu.
then kalau nak bina IPTA takpe la jugak kan. still boleh accept.
ini tidak. nak bina Nanyang University!!!!!
universiti cina je! boleh bayang tak betapa BAIK nye pemimpin Penang?heh.





aku ingat lepas beratus2 orang penduduk buat mogok, bantahan semua, cadangan ni akan dipertimbangkan.
tapi ternyata HAMPEH!


dah la nak ambik tanah orang sesuka hati. lepas tu nak bayar harga yang tak masuk akal!
diorang cuma nak bayar tanah RM8 untuk 1 kaki persegi, padahal harga pasaran RM16-RM40!!

ape ni???????
dah tu, kalau boleh nak ambik 40 hektar kalau tak silap. sepanjang2 kampung!






aku tau la hasrat DAP nak majukan Penang. nak jadikan Penang macam Singapura.
tapi, maju pun ada batasan nye.
tak perlu la nak ambik hak orang lain.


tapi, ade satu benda yang penduduk Penang tak sedar.
dalam diam, orang2 cina cuba singkir melayu perlahan2 dari Penang.
dengan cara yang orang tak perasan macam ni la.
dari dulu lagi kalau korang semua perasan.
dia buat dalam diam, so orang tak perasan sangat.

dulu Penang ramai je melayu. tapi sekarang dah majoriti cina.
salah satu cara, rumah2 yang dibina semua kos tinggi.
diorang tau orang melayu tak mampu, so orang melayu pun keluar dari penang, cari rumah kat lain.

lepas tu sejak dapat jadi pemimpin, mula dengan cara rampas tanah orang melayu pulak.
dah rampas, buat universiti cina pulak. memang terbaik lah kan.
masuk nanti student 4000-5000 semua cina.
confirm2 la penang dah jadi negeri cina time tu kan?heh.



aku bukan nak diskriminasi kaum ke ape. kite kan 1 MALAYSIA.
aku banyak jugak kawan2 cina. diorang bagus.
tapi, tengok la ape yang pemimpin diorang dah buat. melampau sangat la.


sebelum ni pemerintahan BN, ade jugak pembangunan2 yang macam ni.
tapi takde la obvious diskriminasi kaum macam ni.
kenapa perlu universiti cina??
kenapa tak buat IPTA je??


macam sebelum ni waktu BN pegang, ade bina KKTM kat Balik Pulau.
tapi tak kacau tanah sesapa. ambik tanah bukit.
cuma kacau 'makhluk yang tak hidup di alam nyata'. ok lagi la macam tu kan.
masalahnye Guan Eng ni ganggu makhluk di alam nyata!



haishhh
sape tak sedih wei, kampung sendiri bakal dirobohkan.
sape tak sedih tengok kenangan dari zaman nenek moyang musnah macam tu je.
nanti ade jentolak datang robohkan rumah2 semua. sedih tak terkata.


dah la itu je satu2 nye kampung aku yang masih ada. walaupun atuk nenek dah takde, tapi kenangan masih terbayang2 bila aku pulang ke kampung tu.

lepas2 ni bila aku balik ke situ, ape aku akan nampak??
sebuah universiti CINA tersergam indah dengan kapasiti pelajar CINA beribu2 orang.
oh my God~
i cant believe this.
help~~




ni ade sikit video bantahan penduduk kampung genting.
tengok la wajah2 orang kampung aku.
serius aku sedih.






ada satu video ni aku jumpe kat facebook.

link nye :

http://www.facebook.com/video/video.php?v=115199488542568



hmmmm..lastly..tolong doakan kesejahteraan kami rakyat melayu teraniaya di Penang~
Related Posts with Thumbnails