Text

sesape berminat nak JUAL TOPUP, boleh contact saya ye~ (^_^)

Monday, April 19, 2010

Hai Awak..Boleh Ngorat?


kemarin kan, ade sorang mamat ni call aku.
Tapi waktu tu aku kat luar bilik, merayau2 cari air sebab blok aku takde air.
Dah aku tak angkat, die pun antar mesej.

“mane ko?”

Uik. Dah mesej gitu, aku ingat kawan aku la kan.
So aku reply

“sape ni? Sori, gi toilet td.”
“ni abang kau la.mane kau tak balik lagi?”

Uishhh. Aku da pelik. Takut pon ada.

“eh eh abang mane plak ni?”
“opp sori, wrong number td..awek ke ni?huhu”

Hahahaha..sudah mula taktik nye.....

Kelakar lah.
Taktik zaman batu.
Bak kata darling I, kalau betul die tengah kalut2 cari adik die, ada masa plak die melayan awek?
Hahahaha.
Tak ley blah tol~


Emmmm
Lelaki, nasihat I lah kan.
Kalau u baru dapat number phone sorang awek yang u nak kenal,
U better beterus terang je dengan dia.
u tak payah la menonggeng2 cari idea camne nak ayat die
susah2 jek..

Kalau girl jenis macam I, I prefer u terus terang dari A sampai Z.
I mean gitau jela mane u dapat nombor, u ni siapa sebenarnya, mane u kenal i..bla bla bla..
be GENTLEMAN ok..?
Tak payah nak sembunyi2..
Kalau u all tunjukkan sifat pengecut tu awal2,
U ingat awek senang2 akan layan?
Hahah
Ni nasihat jela..
Tak ikut pun takpe..
Pandangan I je..
ngeeeeee



pasni kalau ade orang call i
i nak jawab macam ni lah
ok tak?




Soalan: haloo, siapa disana?

Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.
Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

Soalan: halloo... ...
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

Soalan: assalammualaikum...
waalaikummussalam..
(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

HAHAHAHAHAHAHA



Sunday, April 18, 2010

Kenapa aku tak tau??????



kemarin FAIZAL TAHIR datang buat show kat UKM.





kenapa aku tak tahu?????????
kenapa takde member2 rapat aku yang tahu punnnn??????
arghhhhhh
tension.



patutla malam tu dengar bunyi letup2 bunga api ke bom ntah.
bising gile.
ingatkan ade rusuhan kaum ke ape ke.
buat taktau jela.
rupa2 nya.............

huh.
merajok dengan Faizal Tahir.
datang tak bagitau aku.




Saturday, April 17, 2010

Berbaloi kah saya berlapar??



this is my second entry for today.
harap maklum :P

korang nak tau tak
tadi kan
masa aku tengah syok2 taip entri lapar sebelum ni,
tetibe aku rasa macam rezeki turun dari langit!


yelah, aku dah terkodek2 tahan perut tengah berdondang sayang
tetibe

tokk! tokk! tok!!

ada orang ketuk pintu

ahh..malas layan..
da la aku tengah lapar & serabai je tak mandi lagi sebab blok takde air.

pastu tetibe dengar akak tu jerit

"nasik lemakkk"

terkinja2 aku bangun lompat dari katil gi kejar akak tuh!


mula2 tanya dulu.

"bape ringgit akak?"

"RM3.50"

"wooooo.."
(mahalll)

"nak?"

"bole la..lapar gile ni akak."

"tau.."

hampeh. agak2 kenapa die jawab gitu eh?
jelas terpancar muka kelaparan kah aku?
grrrrrr


pastu dengan excited nye aku masuk bilik & buka bungkusan nasi tuh.

mak aihhhhhhh


"sikit nyaaaaaa!!! mana kenyang camni!!!"



tengok laa..
tak berbaloi RM3.50!!!
nasi tak sampai separuh polystrene pun.
ayam besar ibu jari je 2 ketul.
kuah 3,4 titik je die taruk.


sedih gileeeee akuuu
aku da la tengah kelaparan gile2.
terbantot selera makan aku tengok nasi gitu.
sampai hati akak tu wat aku camniiiii


waktu tu
aku rase macam nak aje kejar akak tu.
tangkap die wat lauk makan dengan nasik ni.
mane cukup lauk banyak tu dooooo
wuaaaaaaa~


tapiii
nak tak nak, aku makan jugak la..
sayang ar rezeki kan..
hmmmm
tercekik2 aku makan dengan nasi tak berkuah gitu.
aku da la biase makan kuah banjir..
wuuuuuuu~
sadissssss




ni pesanan aku untuk sesape yang wat bisnes jual makanan ke jual ape ke....

memang la kite berniaga untuk dapat untung.
tapiiii
agak2 la kannn
jangan la sampai menganiaya pelanggan
tak kesian ke..
especially macam situasi aku ni
kesian la sikit kat students..
hujung2 sem ni dah la tengah sengkek.
die pulak nak wat camtu..
aku tak kisah sebenarnye kalau mahal pon, tapi biar la berbaloi dengan barang tu.
ni tak..memang terperanjat gile aku tengok nasi tu..
haih~
sadis..sadis..




ha!
korang nak tau tak,
tadi dalam pukul 7.30PM ade lagi yang ketuk pintu.
pastu jerit

"nasikkk..nasikkk.."

ikut hati, nak je aku kuar bilik, gi tangkap & gigit akak tu!
gerammmmmm



wahahahaha..
dah macam kanibal plak.. :P



biasanya aku makan nasi sehari sekali je.
tapi
hari ni walaupun dah makan
aku tetap laparrrrrrrr


help meeeeeeeee
T___T





P/S: Al-Fatihah buat arwah Acik Spin..








Al-Fatihah untuk Acik Spin

sumber : KOSMO online


Achik Spin maut kemalangan ngeri


SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan
achik spin


Al-Fatihah untuk beliau..
kesian isteri dia..
muda lagi..anak2 kecik lagi.. 


Kalau bab makan, aku memang no.1!!! hahaha



lapar..lapar..lapar..

itu je yang ada dalam pale otak ni sekarang.

emmm
tak tau nak mam ape.
hari2 mam nasi pun bosan jugak.
haih~


ada cadangan tak nak mam ape yang best?

tetibe teringat my BFF, Faz.


i dengan die, kalau kuar makan,
wajib MAKAN BESAR!

hari2 kuar makan, mesti makan besar.
padahal mam untuk 2 orang je, kitorang order cam 5,6 orang nak makan.
yelah, dua2 selera besarrrrrr..
setiap kali kitorang order makan,
orang yang amik order tu muka pelikkkk je..
yelah, order banyak gile cam orang gemok. padahal dua2 kecik je..
hahahahaha~



Faz ar ajar aku jadi gini. ahax~
(ampunnn faz)

kitorang berdua memang sekepala kalau bab makan.
dua2 jenis tak berkira duit untuk isi perut sendiri.
tu pasal yang jadi gitu tuh..
hihihi~

kalau dengan member lain susah sikit,
ade2 je alasan die bagi walaupun die sendiri teringin nak makan mende tu..
takde duit lah..mahal lah..nak jimat lah..ape lah..padahal kalau gi shopping ade plak duit???
mungkin orang2 camni rasa tak berbaloi kot bazir duit untuk makan..
yelah, kalau makan nanti jadi taik, buang dalam jamban. hilang camtu jek.
kalau shopping, beli baju, kasut, handbag, boleh pakai bertaun2..tol tak?
hakhakhak


ni contoh2 yang aku makan besar dengan Faz.
sikit je contoh sebab kitorang jarang amik gambar.
makanan sampai je, terus ngappppp tanpa pandang kiri kanan dah.
hikhik :P




::sup GEARBOX::


masa ni kat SOHO seafood.
lepas kelas terus kitorang kuar makan..
kitorang mam nasi+sup gear box+telur bistik.
tengok laa gearbox tuu
besar gileeeeeee
memang jadi perhatian la dalam kedai bila ada 2 orang gadis makan mende tu..
wahahhaa..
segan gileeee sey~~
merah muke kitorang..

tapi pastu relax wat slumber je ar makan..
sedap wooooo...
siap die letak straw lagi untuk sedut mende kat dalam tulang tu
bile sedut tu yang tak ley blah tuuu
siap ade bunyi "srooott...srooottt.."
hakhak..sengal~
tObat tak makan dah sup gearbox kat kedai pasni..
segannnnnnn




ni pulak waktu kitorang mam steamboat kat seksyen 15.


tengok periuk steamboat tuu
besar gileeeeee
padahal nak mam 2 orang jekkk
tu da nampak cam nak mam 6 orang..
huhuhuhuhu


steamboat kat sini tak la sedap sangat.
tapi kitorang layan je ar..
sampai termengah2 kitorang nak abeskan steamboat ni.
last2 tak abes gak..huhuhu



waktu kitorang mam sate ar paling tak ley blah..
bayangkan, 2 orang pompuan yang bersaiz kecik,
order 15 cucuk sate ayam+15 daging+5 cucuk sate perut+nasi impit.
total 35 cucuk dengan nasi impit. gile banyakkkkkkkkk
orang yang amik order dah wat muke hairan dah..
sejam lebih kitorang bertapa kat kedai sate UK tu untuk habiskan semua..
buncit kitorang dibuatnye! huhu


tapi sedap ar sate kat situ..
kat seksyen 7. nama kedai tu Sate UK, tapi die jual sate Kajang.
kecelaruan lokasi kah?
kikiki~ :P


kat seksyen 7 ada satu lagi kedai makan yang best.
Restoran Sharifah. menu die memang best ah!
korang tengok pun da jadi rambang mata nak mam ape..
sangat banyak choice & semua nama nye pelik2.
kitorang memang suke yang pelik2 ni.
ni la masanya nak mencuba. hihihi~
hari tu aku mam Nasi Kukus Pengirat Kasih.
Faz plak mam Nasi Arab..sedap2.. :)


mende2 lain yang kitorang selalu mam...


::chicken chop::

::telur bistik::

::bawal masak pedas::

::nasi kukus::

memang setiap kali kitorang kuar mam, balik dengan termengah2 boncit kekenyangan..

gile ahhhh
hidup untuk makan ke makan untuk hidup neh????
ishhh3...
ape nak jadi.. :P



warghhhhhhhh
aku semakin lapar bile wat entry niiiiii
wuaaaaaaa~
tak sukeeeeeeeee

aku laparrrrrrrrrr

T____T


Related Posts with Thumbnails