Text

sesape berminat nak JUAL TOPUP, boleh contact saya ye~ (^_^)
Showing posts with label genetics. Show all posts
Showing posts with label genetics. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Genetic Student in the house! :)




sorry sayang sayang ku sekalian..
sibuk sangat2 sekarang ni..korang rindu i tak?
hikhik




2,3 hari lepas i sibuk main main dengan anak anak kromosom i.
diorang nakal sangat. menci tawwww~



tengok ni :


kromosom dalam badan korang semua :D


i ada 12 individu punye kromosom kena susun. wuaaaaaa!! T_T



actually ni tugasan kitorang as a genetic student laa
nak jadi geneticist, kena la pandai susun mende alah ni.
kalau tak nanti camne nak detect penyakit patient kann
*tapi i dah 3 tahun belajar pun still terkulat kulat nak susun mende ni. sob sob




meh tengok ape yang kitorang kena buat!



first, tengok mende ni dulu.


ini kromosom ye, bukan ulat! grrr

ni keseluruhan kromosom dalam sel badan patient.


kira jumlah keseluruhan kromosom untuk detect ape penyakit yang possible die bawak.
contohnye kalau kromosom die ade 47, die mungkin Down Syndrome, perempuan XXX mandul, Turner Syndrome, dll.
so this is the first hint.




then, kite kena jadi match maker pulak!
cari pasangan setiap kromosom tu supaya diorang hidup bahagia dunia akhirat. hikhik :P




make sure match betul2. kalau tak nanti diorang gaduh pulak.





bukan senang ye nak jodohkan diorang neh.
kena perhatikan betul2 saiz, banding (jalur), arm length (panjang), dll.

kalau 1 tersalah jodoh, maka semuaaaaaa akan salah!





make sure bila dah potong2 ni, takde yang melarikan diri lah ye!
kot2 la tak rela dijodohkan kannn
pastu tetiba lari g kawen kat siam.
sape yang susah?
akuuuuu jugak. hahaha :D


waktu potong2 ni, wajib lah tutup kipas.
kalau tak confirm semua akan terbang diawang-awangan.
biarla berpeluh sampai basah ketiak pun, janji kromosom tak terbang terbang. haha

*ramai kawan2 i menghadapi masalah kromosom melarikan diri. haha





ok, bila semua dah ada jodoh masing2, tempek diorang atas Borang Kariotip Manusia ni.
supaya diorang tak lari2 lagi & hubungan diorang akan kekal dengan pasangan hingga ke akhir hayat.




kedudukan 1 hingga 22 pun kena betul okkkk.
bermula dari yang tinggi2 & gemok2 hingga ke pendek2 & montok2.

yang takde jodoh, andartu & antertu letak di kedudukan kromosom seks.
biasa la, yang tak kawen ni kan ehem2 sketttt. hahaha



then bila dah siap, detect la penyakit nyeee!




ini contoh Sindrom Klinefelter. perempuan tapi ada 2 kromosom X.


dah siappppp!! :D



perghhhhhh
sangat pening kepala buat mende ni okk.
i kena buat untuk 12 individu.
memang julingggggg bijik mata.






untuk jadi budak genetik, haruslah ada tahap kesabaran yang tinggi.
if malas, tak siap la keje.
masa nak siapkan mende ni i tido 3, 4 jam je sehari..menci tawwww!


this week dapat tugasan baru pulak.
Pedigree analysis
untuk 12 individu lagik.
wuaaaaaaa..i hate thissss!!


Monday, November 8, 2010

The Child's Eye 3D





salam semua!



heeeeeee~~




sape belum tengok cite The Child's Eye ni??




FIRST HORROR 3D MOVIE tauuuu!
rugi kalau tak tengok.
ade lagi kat pawagam sekarang.
cepat2 pegi tengok! :D


i tengok lama dah. minggu lepas. tapi baru nak update. terlupe.


weh weh, best tau cite ni.
serammmmmmmmm gile!




cite nye macam ni.

ade 3 girls and 3 guys.
diorang ni dari Hong Kong. datang holiday di Bangkok.
tetibe je waktu diorang kat Bangkok tu, ade berlaku rusuhan, rakyat Thai mintak perdana menteri diorang letak jawatan.
memang teruk gile ah time tu. bakar2, gaduh2 semua.
tengok keadaan dah teruk macam ni, diorang pun bajet nak balik Hong Kong jela.
so diorang terus bergegas ke airport. tapi tiba separuh jalan, dah tak boleh. sesak sangat dengan rusuhan. airport pun tutup.

jadi pemandu taxi terpaksa tinggalkan diorang kat 1 hotel yang sangat buruk & scary.
so, kat hotel tu la bermula segalanya.........



first time nak makan hotel tu. dah ade yang jadi time ni.



ade 3 orang budak perempuan kecik kat hotel ni asyik pandang pelik je kat diorang ber-6.
setiap kali jumpa mesti pandang pelik.

rupa2nya....

budak2 tu boleh nampak 'benda tu'.
budak2 ni ada bawak doggy. doggy ni yang paling boleh nampak 'benda tu'.
setiap kali nampak doggy akan menyalak.



Rainie & Doggy



dari diorang mula masuk dah jadi macam2.
start dengan Rainie nampak hantu perempuan,
Ling pulak nampak tangan hantu tanpa badan.
malam tu pulak tiga2 orang laki tu hilang secara tiba2.


sebab girls nak cari diorang yang hilang ni la, macam2 jadi.
perghhh serius menakutkan.



bermula pencarian..



kalau nak tau ape yang jadi, kena tengok sendiri la.
kalau i cite, tak best ah. hihihi~



hantu dalam rupa kawan sendiri



seram weh, sebab 3D. nampak hantu tu macam ada depan kite.
die baling pape semua nampak macam nak kena batang hidung sendiri.
die sergah pun depan muka kite. warghhhhhh~
memang la seram wehhhh. hahahaha



part ni psycho gile. grrrrr



tapi kan. dari awal sampai separuh cite best ar..memang MANTAP!

tapi spoil ah ending die.
serius tak logik.

ade ke patut hantu boleh insaf??
hantu ade hati dan perasaan ke kalau kena tarbiyah??




ni ha hantu die. ade lagi 1 monster. tapi takde gambar. huu~



overall cite ni best la.
boleh kasi 4 star!
cume spoil kat ending tu jela. buat2 tak nampak jela ye. grrrrrrr
hahaha




ni row yang paling bising dalam hall tu.
terjerit jerit macam hape je. hahaha




muke bajet berani je semua kannnn..hihihi



muka heaven lepas keluar dari panggung.


dah la cite seram, aircond pulak macam nak buat igloo dalam tu. grrrrr. tension i~


tapi kan. cite ni memang terkesan la dalam kepala otak i.
kadang2 terbayang2 hantu tu.
eishhhhh. seram den.
grrrrrrrrrr



ok lah. mau study.
lusa ade paper. wish me luck.
byeeeeee~!


Saturday, September 25, 2010

syawal = bulan tambah kolestrol



salam syawal semua! (^^,)


korang tau tak, masa aku first year dulu, ada sorang lecturer ni gurau dengan aku.
die cakap, UKM = universiti kuat makan.

masa tu aku freshie lagi, tersengih2 macam kerang wangi jela dengar die cakap gitu. ehek~
tapi now aku dah supersenior.
so i realised what he said is right!!!
hahahaha


dah 2 hari aku makan free je.jimat duit belanja.
tau2 je duit JPA aku dah sangat nazak.
bagus2. ni yang sayang UKM neh. *tetibe je sayang kannnn..hahaha


kemarin UKM ade buat Pesta Juadah Antarabangsa.
best woo..macam2 makanan dari macam2 negara ade.
ade dari Indonedia, Iran, Sweden, Nigeria, ntah ape lagi lupe dah.
ni semua student foreigner UKM yang masak.

tapi kitorang pegi lambat, sempat mam sikit jela. hukhuk


spagetthi from Iran

rasenye pelik okkkk..tak kena dengan tekak malaya aku neh.
kite Malaysian masak spagetthi pedas or masam2 tapi diorang buat rase mint!
rase macam rumput pun ade.hahaha.nak buat macammana, selera diorang gitu kan.ehe



ala2 soto from Indonesia

mam dengan nasi impit. kuah die rasa macam maggi pun ada gak.
tapi aku paling suke bab kepedasan die ah.
perghhhh..memang melet0p let0p lah!
terkodek2 aku cari air sambil air mata bergenang lepas mam mende ni.
masyukkkkkkkkk~~


nasi impit + kuah kacang + lodeh + sambal sotong from Malaysia

mende ni biase dah kite mam kan.
tapi sedap ah. ( makanan free always sedap)
hehehe



lepas dah kenyang, wajib lah kan bergambar kenangan.kih3



-TAMAT-



then, cerita hari ni pulak~~ :D


hari ni jamuan hari raya UKM.


perghhhh..memang meriah gile wehhhh
rugi sape tak pegi! besar besaran.banyak gileee makanan.
makan la banyak mane yang korang nak.
makan sampai cirit birit pun takpe!
hahaha

buat di DECTAR, dewan terbesar UKM.
tu pun penuh gile orang. biasa la, makan free sape taknak kan?
aku lagi2 la nak! hehehe :D


mende first aku cari for sure la satay! :D

kitorang open house sendiri kat belakang dewan :p


macam biasa..bila perut dah boncit, mesti mulakan sesi photoshoot ye kawan2..ehek





ala2 suasana raya di perantauan gituuu..sob3



orang lain pakai baju raye, aku pakai baju lama je.
sedih sedih

tapi apa2 pun,
selamat hari raya semua!!! (^^,)


bace kad raya yang dihantar peminat..kih3


tak dapat jadi model safi balqis, jadi model kuih raya pun boleh laaaa.haha




bosan dah posing dalam dewan..


mari outdoor photoshoot!!!


yeyeahhhhhhh!!!


posing mestilah seayu gadis melayu sebab pakai baju raya kan?
(diorang la..aku bukan baju raya T_T )





gaya bebas tapi still mantain ayu. mane tau kot2 tercalon gadis melayu musim ke4.hikhik




posing2 manje tepi kolam dengan harapan majalah Mangga amek kitorang jadi model lak nanti. :p



lastly aku nak cakap, kitorang semua surnburn sebab posing tak hengat tengah2 panas terik pukul 12 tengahari. sekian terima kasih. hahahaha


gendang gendut tali kecapi,
kenyang perot aku nak tido.


eh eh salah ke pantun ni?
layan jelahhhhhhh


good night


Related Posts with Thumbnails