Text

sesape berminat nak JUAL TOPUP, boleh contact saya ye~ (^_^)
Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

back to Penang for CNY! :)



halluuuuuu para blogger yang budiman! :)


lama gile kan aku tak update blog neh?
busy gile wehhhh. PM pun tak busy macam aku taw! ngehehek~


actually aku baru sampai Penang neh.
perghhhh, heaven gile kot! setelah sekian lama tak balik.
rinduuuuuuu~~


balik ni pun, aku dah diantara orang terakhir yang blah dari UKM tuh.
sedih memang sedih sebab balik lambat dari orang lain.

tapi kan, tapi kan,

journey back to Penang tadi dah buat aku happyyyy!
yeyy!


nak tau kenapa?
sebab, bila dah dekat2 musim perayaan ni, macam2 la orang kasi barang untuk sesape yang drive kat highway tuuuu! hihihi..best best. first time merasa neh. :P



first kitorang stop kat Perhentian Sungai Buloh.
time ni stop untuk jamak zohor & asar.

kat sini kitorang dapat newspaper!
tapiiiiiiii..semua NEWSPAPER KEADILAN!









see? sampai 4 okkkkk!
motifffff?
hahaha


takpe, takpe, bawak balik kasi mak buat lapik periuk jelah. hakhak :P




lepas tu jalan depan sikit, dapat ni pulak..



yeyyyyy!
yang ni lah yang aku tunggu2.
limauuuu..limauuuu.. nyumm nyumm! (^^,)




dapat 2 biji limau & newspaper Selangor Kini.




bagus ye kerajaan negeri Selangor ni.
proud to be temporary-Selangorian! hikhik :P



then last perhentian kitorang stop before masuk pulau, Perhentian Juru.
actually nak straight balik rumah je, tapi dah tak tahan pulak nak pegi toilet.
maklumlah, hujan2 ni kannnn. ehek~

memang tak sia sia kitorang stop kat sini!
sebabbbbb....

dapat ni :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



RedBull 2 botol free kot wehhhh!

gileeee, kalau nak beli RM4++ tau sebotol!

memang kitorang sangat lucky ye hari ni :D



minumlah RedBull untuk hilangkan mengantuk ketika memandu. yeah! (^^,)




thanks RedBull company!


tau tak, kitorang tengok ade je kereta2 yang tanak berhenti waktu girls tu nak kasi RedBull.
mungkin diorang ingat kena beli kot. rugi la korangggggg! haha.
rezeki jangan ditolak weh. bukan senang nak dapat mende2 gini.
musim perayaan je ade.
best best.
pasni pape cuti pun nak balik lambat lah. yeyy!






p/s : jom tengok tengok blogshop aku! WardrobeSiGadis






Saturday, November 6, 2010

melayu hilang hak di negeri sendiri!


salam.


dah lama sebenarnya tahan perasaan nak tulis pasal ni.
tapi hari ni rasanya nak tulis jugak. tak kisah la ape nak jadi. huh
and for the record, this is the first time aku nak tulis pasal POLITIK.
even aku belum cukup umur, aku tetap nak tulis!



ni cite pasal kampung aku, Kampung Genting.
sesape yang tau ape yang sedang berlaku dalam negara ni. die mesti tau pasal ni.


Tanah Kampung Genting, Balik Pulau, Penang akan DIRAMPAS oleh pemimpin terSAYANG Lim Guan Eng.




dah beberapa minggu dah benda ni jadi.
DAP tetiba come out dengan projek untuk bina universiti.
fine. hasrat murni. tapiiiiiiiiii perlu ke nak rampas tanah di kampung yang hanya orang melayu??
Penang sekarang majoriti cina, tapi kenapa tanah melayu jugak jadi sasaran?????



fine. dah la ambik tanah orang melayu.
then kalau nak bina IPTA takpe la jugak kan. still boleh accept.
ini tidak. nak bina Nanyang University!!!!!
universiti cina je! boleh bayang tak betapa BAIK nye pemimpin Penang?heh.





aku ingat lepas beratus2 orang penduduk buat mogok, bantahan semua, cadangan ni akan dipertimbangkan.
tapi ternyata HAMPEH!


dah la nak ambik tanah orang sesuka hati. lepas tu nak bayar harga yang tak masuk akal!
diorang cuma nak bayar tanah RM8 untuk 1 kaki persegi, padahal harga pasaran RM16-RM40!!

ape ni???????
dah tu, kalau boleh nak ambik 40 hektar kalau tak silap. sepanjang2 kampung!






aku tau la hasrat DAP nak majukan Penang. nak jadikan Penang macam Singapura.
tapi, maju pun ada batasan nye.
tak perlu la nak ambik hak orang lain.


tapi, ade satu benda yang penduduk Penang tak sedar.
dalam diam, orang2 cina cuba singkir melayu perlahan2 dari Penang.
dengan cara yang orang tak perasan macam ni la.
dari dulu lagi kalau korang semua perasan.
dia buat dalam diam, so orang tak perasan sangat.

dulu Penang ramai je melayu. tapi sekarang dah majoriti cina.
salah satu cara, rumah2 yang dibina semua kos tinggi.
diorang tau orang melayu tak mampu, so orang melayu pun keluar dari penang, cari rumah kat lain.

lepas tu sejak dapat jadi pemimpin, mula dengan cara rampas tanah orang melayu pulak.
dah rampas, buat universiti cina pulak. memang terbaik lah kan.
masuk nanti student 4000-5000 semua cina.
confirm2 la penang dah jadi negeri cina time tu kan?heh.



aku bukan nak diskriminasi kaum ke ape. kite kan 1 MALAYSIA.
aku banyak jugak kawan2 cina. diorang bagus.
tapi, tengok la ape yang pemimpin diorang dah buat. melampau sangat la.


sebelum ni pemerintahan BN, ade jugak pembangunan2 yang macam ni.
tapi takde la obvious diskriminasi kaum macam ni.
kenapa perlu universiti cina??
kenapa tak buat IPTA je??


macam sebelum ni waktu BN pegang, ade bina KKTM kat Balik Pulau.
tapi tak kacau tanah sesapa. ambik tanah bukit.
cuma kacau 'makhluk yang tak hidup di alam nyata'. ok lagi la macam tu kan.
masalahnye Guan Eng ni ganggu makhluk di alam nyata!



haishhh
sape tak sedih wei, kampung sendiri bakal dirobohkan.
sape tak sedih tengok kenangan dari zaman nenek moyang musnah macam tu je.
nanti ade jentolak datang robohkan rumah2 semua. sedih tak terkata.


dah la itu je satu2 nye kampung aku yang masih ada. walaupun atuk nenek dah takde, tapi kenangan masih terbayang2 bila aku pulang ke kampung tu.

lepas2 ni bila aku balik ke situ, ape aku akan nampak??
sebuah universiti CINA tersergam indah dengan kapasiti pelajar CINA beribu2 orang.
oh my God~
i cant believe this.
help~~




ni ade sikit video bantahan penduduk kampung genting.
tengok la wajah2 orang kampung aku.
serius aku sedih.






ada satu video ni aku jumpe kat facebook.

link nye :

http://www.facebook.com/video/video.php?v=115199488542568



hmmmm..lastly..tolong doakan kesejahteraan kami rakyat melayu teraniaya di Penang~
Related Posts with Thumbnails